dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Kolej Vokasional Tanjung Piai

20 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2025 bersamaan hari Rabu telah berlangsungnya satu program Kempen Internet Selamat (KIS) yang diadakan di Kolej Vokasional Tanjung Piai. Program KIS ini merupakan inisiatif yang diketengahkan oleh pihak MCMC dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada komuniti khususnya pelajar sekolah menengah akan kepentingan memahami internet secara menyeluruh. Program ini dihadiri seramai 175 orang pelajar yang belatar belakangkan kemahiran kimpalan, pemesinan industri dan automatif bersama hampir 15 orang guru pengiring.

Dua orang petugas dari NADI Tanjung Piai telah menjadi fasilitator dalam menjayakan program ini yang bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Petugas NADI telah memberikan taklimat berkaitan dengan internet berserta paparan video seperti MCMC Nexus, AifaChatbox dan Jendela bagi merancakkan taklimat yang dijalankan. Di samping itu, petugas NADI juga memberikan cenderahati kepada para pelajar yang terlibat dalam kuiz permainan. Pada akhir program, pihak NADI juga memberikan cenderamata kepada pihak tuan rumah sebagai tanda penghargaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.