Pendaftaran Program Banci DOSM Johor
12 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2026 bersamaan hari Rabu, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Johor telah bekerjasama dengan pentadbiran mukim di Kompleks Penghulu Mukim Serkat. Kerjasama ini turut melibatkan petugas NADI memandangkan lokasi NADI yang kini berada di dalam kawasan kompleks. Program yang melibatkan seramai 3 kakitangan dari DOSM Johor ini turut dibantu oleh Penghulu, Ketua Kampung dan petugas NADI dalam usaha memastikan masyarakat khususnya golongan yang disasarkan hadir untuk membanci.
Seramai lebih 30 orang komuniti telah hadir ke NADI untuk membanci seterusnya melayakkan mereka didaftarkan secara langsung bagi tujuan kemudahan di bawah sistem yang dikelolakan oleh pihak DOSM Johor. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini berakhir sepenuhnya pada jam 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: